Hari ni sangat liat nak pegi ofis.Mood raya dah menjelma hehhe.
Sabtu berjalan-jalan ke Jusco Wangsa Maju. Tengah sale+ 15 % additional disc for member. Memang dah lama nak beli car seat baru untuk Humaira. Yang ada sekarang mcm tak sesuai untuk dia, sebab kecik je. Beli yang besar sikit dan mengadap ke hadapan. Dengan harapan, supaya tak menangis lagi duduk di car seat baru. Tapi...dia menangis jugak. Tensennn betul ibu. Menjadi satu masalah besar dudukkan dia dlm car seat, menangis sunguh2 pulak tu. Bagi buku, toys semua benda dicampaknya..ee geram betul rasa nak cubit je.Jadinya buat tak tau je..lama2 dah penat dia diam.
Hari Ahad, berjalan-jalan ke Ikano, singgah di Brand Outlet. Memang masalah kalo pegi sana, sebab rambang mata semua baju cantik2.........geramnya, cutenya,, comellnya. Dan dengan tak sengaja hahahha beli baju Humaira lagi..walaupun dah beli kat Jusco semalam ekekke. Baju gaun cantikkk sangat siap dengan topi...haha ala-ala nak pegi picnic. Pastu beli cardigan utk si kecikk ni jugak..adoiiyaa asyik baju dia je, baju ibu dan abah pakai yg lama2 jelah hehehe.
Selepas ke Ikano, kami ke Ikea pulak. En Anip nak buat coffea table sendiri. Adoiiya ngape lah susah2 kan diri beli yang dah siap terus kan senang. Ermmm takpelah sukahatilah asal bahagia..dah minatnya gitu dak. tengok jelah nanti hasilnya. Pastu beli brg2 lain yang langsung takde dlm senarai. Duit keluar mcm air..sabo jelah.
Malam tadi teringin makan sate. Pegilah ke Keramat, nak makan sate Melaka. Elok2 je dapat parking rupanya kedai tutup daa... sedihnya. Pastu pegila ke Tmn Melati, ada branch Sate Hj Samuri. Kuah sedap sate tak sedap (dulu sedap).
Hari ni Humaira kena cucuk Pneumococcal second dos. Macam nangis tapi tak keluar air mata pun heheh byk akal betul anak ibu ni. Dah siap2 bg ubat demam, harap2 sihatlah hendaknya.
Ok itu aje cerita di hari minggu dan hari ni, maaflah takde gambar nak ditempek.
Cerita pasal mengidam daging dendeng
-
Bila pregnant ni kalau teringinkan sesuatu macam tak sempat-sempat.
Alkisahnya aku teringin sangat nak makan daging dendeng dari Jumaat lepas.
Sebenarnya ...
1 day ago





